1. Berapakah jumlah hari murid yang tidak hadir tanpa alasan / ponteng sekolah yang membolehkan surat amaran ketidakhadiran dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada murid dan ibu bapa/waris?
    Bergantung kepada situasi ketidakhadiran murid sama ada secara berturut-turut atau secara berkala, dari hari pertama murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab.

    A.Sekiranya secara berturut-turut,

    Surat Amaran 1
    Dikeluarkan sekiranya murid tidak hadir ke sekolah sejumlah 3 hari pertama tanpa sebab secara berturut.

    Surat Amaran 2
    Dikeluarkan sekiranya murid terus tidak hadir tanpa sebab secara berturut selama 7 hari berikutnya selepas Surat Amaran 1 dikeluarkan (sejumlah 10 hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama tidak hadir tanpa sebab secara berturut)

    Surat Amaran Terakhir
    Dikeluarkan sekiranya murid terus tidak hadir tanpa sebab secara berterusan selama 7 hari seterusnya secara berturut selepas Surat Amaran 2 dikeluarkan.(sejumlah 17 hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama tidak hadir tanpa sebab secara berturut)

    Surat Makluman Nama Dikeluarkan dari Daftar Sekolah / Buang Sekolah
    Dikeluarkan sekiranya murid terus tidak hadir tanpa sebab secara berterusan untuk 14 hari persekolahan seterusnya secara berturut selepas Surat Amaran Terakhir dikeluarkan.(sejumlah 31 hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama tidak hadir tanpa sebab secara berturut)

    B. Sekiranya secara tidak berturut/berkala,

    Surat Amaran 1
    Dikeluarkan sekiranya situasi murid tidak hadir ke sekolah sejumlah 10 hari pertama tanpa sebab secara berkala / tidak berturut.

    Surat Amaran 2
    Dikeluarkan sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab sejumlah 10 hari berikutnya secara berkala / tidak berturut selepas Surat Amaran 1 dikeluarkan. (sejumlah 20 hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama murid tidak hadir tanpa sebab)

    Surat Amaran Terakhir
    Dikeluarkan sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab sejumlah 20 hari berikutnya secara berkala / tidak berturut selepas Surat Amaran 2 dikeluarkan. (sejumlah 40 hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama murid tidak hadir tanpa sebab)

    Surat Makluman Nama Dikeluarkan dari Daftar Sekolah / Buang Sekolah
    Dikeluarkan sekiranya murid terus tidak hadir tanpa sebab untuk 20 hari persekolahan seterusnya secara berkala / tidak berturut selepas Surat Amaran Terakhir dikeluarkan. (sejumlah 60 hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama tidak hadir tanpa sebab secara berturut)
  2. Sekiranya murid mula tidak hadir tanpa sebab ke sekolah selama 5 hari secara berturut, dan kemudian murid hadir ke sekolah untuk beberapa hari selepas itu dan seterusnya tidak hadir 12 hari tanpa sebab secara berturut, adakah pihak sekolah boleh mengeluarkan Surat Amaran berdasarkan Tidak Hadir Tanpa Sebab secara berturut?
    Untuk situasi ini, pihak sekolah boleh mengeluarkan Surat Amaran 1 mengikut pengiraan secara berturut untuk 3 hari pertama. Namun begitu memandangkan murid hadir ke sekolah pada hari ke-6, maka pengiraan ketidakhadiran murid tanpa sebab secara berturut terbatal.

    (Surat Amaran 1 secara berturut juga terbatal sekiranya telah dikeluarkan)

    Sekolah perlu membuat pengiraan semula berdasarkan ketidakhadiran secara berkala / tidak berturut bermula dari hari pertama murid tidak hadir tanpa sebab. 
  3. Sekiranya murid tidak hadir ke sekolah selama 10 hari berturut, tetapi untuk hari ke 4 dan hari ke 5 murid tidak hadir bersebab (alasan yang munasabah dan diterima oleh PGB), adakah Surat Amaran 1 boleh dikeluarkan?
    Untuk situasi ini, pihak sekolah boleh mengeluarkan Surat Amaran 1 mengikut pengiraan secara berturut untuk 3 hari pertama ketidakhadiran. Namun begitu, memandangkan pada hari ke 4 dan hari ke 5, murid tidak hadir bersebab, maka pengiraan ketidakhadiran murid tanpa sebab secara berturut terbatal.

    (Surat Amaran 1 secara berturut juga terbatal sekiranya telah dikeluarkan)

    Sekolah perlu membuat pengiraan semula berdasarkan ketidakhadiran secara berkala / tidak berturut bermula dari hari pertama murid tidak hadir tanpa sebab, dan surat Amaran 1 boleh dikeluarkan semula apabila cukup 10 hari murid tidak hadir tanpa sebab, mengikut pengiraan ketidakhadiran secara berkala.